Search This Blog

Thursday, July 16, 2009

akhirnya meninggal dunia



Dunia dikejutkan dengan kelahiran bayi-bayi kembar Siam yang bercantum pada pelbagai bahagian badan.

Di Jakarta, Indonesia, seorang ibu melahirkan bayi berkepala dua di sebuah hospital, Isnin lalu. Bayi perempuan itu yang beratnya kira-kira 3.95 kilogram dan 45 sentimeter tinggi diberi nama Syafitri.

Kedua-dua ibu dan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat.

Pegawai-pegawai perubatan percaya Syafitri merupakan bayi pertama lahir dengan dua kepala di negara itu.

Namun demikian, bayi kembar siam itu, akhirnya meninggal dunia semalam.

boleh baca lagi kat-->

  1. Kondisi Bayi Berkepala Dua Kritis -sini,
  2. Bayi Berkepala Dua Karena Kurang Gizi -sini,
  3. Bayi Berkepala Dua Belum Lewati Masa Kritis -sini,
  4. Ibu Bayi Berkepala Dua Ingin Peluk Anaknya-sini,
  5. Bayi kepala dua meninggal secara gantian- sini
  6. Bayi Berkepala Dua Hembuskan Nafas Terakhir- sini...

lagi berita pasal bayi kembar siam dua kepala--->

Bayi dua kepala lahir di Filipina

*x do gambau...:p*

MANILA: Beberapa doktor di hospital Filipina hari ini bertungkus lumus cuba menyelamatkan seorang bayi perempuan yang dilahirkan dengan dua kepala.

Jurucakap hospital berkata, bayi itu lahir lewat malam tadi dan kini diletakkan di bawah pemerhatian di unit rawatan rapi neo-natal Hospital Memorial Jose Fabella di Manila.

"Bayi itu kini dalam keadaan stabil tapi kemungkinan besar tidak dapat bertahan lama selepas ujian mendapati kedua-dua kepala bayi terbabit berkongsi satu set organ penting," katanya.

"Kadar survival bayi ini bergantung kepada organ yang berkongsi itu. Jika berkongsi hanya satu jantung, kemungkinan besar untuk hidup amat tipis," katanya jurucakap itu lagi kepada stesen radio tempatan.

Menurut laporan, bapa bayi berkenaan, Salvador Arganda adalah seorang pengayuh beca. Beliau dan isterinya mempunyai lima anak lain dan tidak ada sejarah mengenai ahli keluarga yang dilahirkan kembar.
Jurucakap hospital berkata lagi, kepala kedua itu adalah kembar bayi berkenaan yang gagal terpisah ketika peringkat kandungan awal. - AFP

*sumber : mymetro

*dunia akhir zaman.....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin

..::Nur Kasih::..~Kasih Dan Kasihan Itu Milik Allah~