PELUANG memandu uji model hibrid terbaru Toyota, Prius generasi ketiga yang bakal dilancarkan bulan depan satu pengalaman menyeronokkan.
Model terlaris hibrid di dunia itu mendapat perhatian sesiapa sahaja, malah ketika memandu uji, penulis turut menjadi tumpuan.
Kenderaan ini dibekalkan enjin 1.8L dan mampu menyamai sebuah jentera berkuasa 2.4L.
Tenaga hibrid berfungsi ketika pemandu mula menghidupkan enjin dan penulis hanya mendengar bunyi 'beep' sebagai menandakan ia sudah dihidupkan.
Sistem itu membolehkan Prius bergerak di bawah kelajuan 45km/j hanya menggunakan tenaga bateri sepenuhnya.
Sebaik pedal minyak ditekan, tenaga elektrik dan petrol akan bergabung menghasilkan pecutan sangat responsif.
Penulis berpendapat kenderaan ini ibarat jentera berkuasa turbo, malah lebih unik kerana sistem enjin lebih kompleks, mesra alam dan menjimatkan minyak.
Kos kejuruteraan bagi menghasilkan paduan kuasa petrol dan elektrik menyebabkan jentera hibrid lebih mahal.
Sistem komputer Prius sangat pintar dan apabila ia mengesan lebih banyak tenaga diperlukan, motor elektrik digerakkan untuk membantu enjin petrol.
Secara teorinya, enjin 1.8L itu apabila dibantu dengan motor elektrik, ia mampu memecut seperti jentera berkuasa 2.4L.
Usah bimbang kuasa baterinya kerana apabila enjin dihidupkan, tenaga berlebihan dialirkan untuk mengecas bateri.
Bateri Ni-MH Prius memang tahan lasak dan boleh tahan sehingga 10 tahun.
Ruang dalaman Prius pula selesa untuk lima penumpang dewasa.
Pandu uji membuktikan Prius mampu mencecah kelajuan melebihi 180 km/j dengan mudah dan kuasa tork yang tinggi.
Toyota Prius dibekalkan dengan tiga mod pemanduan iaitu kuasa, ekonomi dan elektrik. Ia sesuai digunakan di bandar kerana menjimatkan minyak.
Bagi perjalanan 1,000 kilometer, setangki penuh petrol memadai.
Susun atur ruang kokpit yang futuristik termasuk ruang menyimpan barang dibawa konsol tengah menjadikan Prius begitu unik.
Kawalan penghawa dingin digital, sistem audio lapan pembesar suasa, teknologi Bluetooth pada stereng membolehkan pemanduan menjadi lebih santai dan tenang.
Ruang menyimpan barang di belakang juga luas dan dibekalkan dengan penutup kanvas.
Sistem HUD (Head Up Display) membolehkan pemandu mengetahui kelajuan kenderaan dengan melihat cermin hadapan tanpa menoleh panel meter di tengah papan pemuka.
Penumpang belakang juga dibekalkan dengan corong penghawa dingin selain rekaan fabrik bermutu tinggi.
Model ini dibekalkan sistem Smart Entry yang membolehkan pemandu membuka pintu tanpa anak kunci, memadai menyentuh mana-mana pemegang pintu.
Cuma, pastikan 'remote sensor' di kocek dan anda hanya perlu menekan butang 'start' untuk menghidupkan enjin.
Toyota masih belum menetapkan harga untuk model ini tetapi jika anda berminat, ia adalah pelaburan berbaloi walaupun dengan harga yang tinggi.
SPESIFIKASI
Toyota Prius Generasi Ketiga
Enjin: 2ZR-FXE empat silinder 16 injap DOHC VVT-i 1,798cc
Kuasa maksimum: 98PS pada 5,200rpm
Tork maksimum: 142Nm pada 4,000rpm
Motor elektrik: Permanent Magnet Synchronous
Kuasa maksimum: 80PS
Tork maksimum: 546Nm
Ciri Keselamatan: Empat beg udara SRS, VSC, TRC, ABS dengan EBD, BA.
Saiz tayar dicadangkan: Continental ComfortContact-1 195/65R15
* sumber : mymetro
1 comment:
fuh..
Cool..:)
Post a Comment