Search This Blog

Wednesday, August 3, 2011

Kodok Pelangi



Kodok Pelangi Borneo Ditemukan Kembali Setelah 87 Tahun










cumelkan?





Ansonia latidisca, nama biasa Kodok Pelangi Borneo, ialah sejenis spesies kodok dalam keluarga Bufonidae. Ia dijumpai di Indonesia dan Malaysia, di pulau Borneo. Habitat aslinya adalah hutan dan sungai tanah pamah lembap subtropika atau tropika. Ia kini diancam kehilangan habitat.


Saintis di kawasan pergunungan Sarawak menjumpai spesies katak kodok kali terakhir dilihat pengkaji Eropah pada 1924, sekali gus memberi peluang kepada dunia untuk melihat gambar haiwan berwarna-warni itu. 

Sejak beberapa tahun lalu, pertubuhan Pemuliharaan Antarabangsa menyenaraikan spesies katak kodok pelangi Borneo itu dalam senarai amfibia yang mungkin sudah pupus. 

Namun, pencarian bulan lalu di hutan tebal di Sarawak membuahkan hasil apabila penyelidik menemui katak terbabit tinggal di atas pokok. 

Penyelidik Universiti Malaysia Sarawak, Indraneil Das berkata, ia ditemui di kawasan hutan terpencil yang jarang diteroka sejak seabad lalu. 

Sebelum ini, saintis hanya mempu-nyai lukisan ilustrasi katak itu berdasarkan gambaran penyelidik pada 1924.




boleh baca lagi di:
-wikipedia


*suka katak tapi geli......

No comments:

Blog Widget by LinkWithin

..::Nur Kasih::..~Kasih Dan Kasihan Itu Milik Allah~